"Ya Allah, hamba memohon agar Engkau memilihkan mana yg baik menurut Mu ya Allah. Hamba memohon Engkau berikan kepastian dgn ketentuanMu dan hamba memohon dgn kemurahanMu yang Maha Agung. Kerana sesungguhnya Kau yg berKuasa, sedang hamba tidak tahu dan Kau jugalah yg amat mengetahui segala sesuatu yg masih tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa persoalan ini baik utk hamba, dalam agama hamba dan dlm penghidupan hamba, dan baik pula akibatnya bagi hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berilah keberkatan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bg hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hal ini daripada hamba dan jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, kemudian jadikanlah hamba orang yg rela atas anugerahMu".
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)