{ background: #f8fafc url(http://tinyurl.com/chq5lr) center no-repeat; background-position: 15px 50%; /* x-pos y-pos */ text-align: left; padding: 5px 20px 5px 45px; border-top: 2px solid #b5d4fe; border-bottom: 2px solid #b5d4fe; }

coretan dariku..

kesimpulannya....jadilah diri sendiri....
Nurul Atiqah bt Mohamad

" Ya Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakanMu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak berniat daku untuk mengingkariMu, apatah lagi untuk mensyirikkanMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, daku bersyukur kepadaMu kerna Kau telah memberikan daku sedetik sinar kehidupan tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik di pandangan Mu. Engkaulah Pencipta ku dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku. Sesungguhnya hanya Engkau yg mengerti apa yg ada dlm hatiku ini. Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan utk melalui segala dugaan dan cabaran yg telah Engkau tetapkan bagiku. Esok lusa mungkin ku akan kembali kepada Mu, terimalah daku Ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."

categories edit post
0 Responses