{ background: #f8fafc url(http://tinyurl.com/chq5lr) center no-repeat; background-position: 15px 50%; /* x-pos y-pos */ text-align: left; padding: 5px 20px 5px 45px; border-top: 2px solid #b5d4fe; border-bottom: 2px solid #b5d4fe; }

coretan dariku..

kesimpulannya....jadilah diri sendiri....
Nurul Atiqah bt Mohamad
UMAT di zaman Rasulullah SAW dianggap sangat bertuah. Tidak sahaja mereka berpeluang bertemu dengan baginda namun yang lebih beruntungnya lagi dapat melihat sendiri segala kejadian-kejadian mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda.

Ini termasuklah kejadian bulan terbelah dua, antara yang benar-benar berlaku dalam usaha Nabi Muhammad untuk menyakinkan kebenaran dakwah baginda itu.

Jika kita menjadi pengikut baginda ketika itu, tentu segala kejadian mukjizat yang berlaku akan menambahkan lagi keimanan atau kepercayaan kepada Allah SWT.

Namun, perkara seperti ini sukar diterima oleh puak-puak kafir Quraisy. Mereka tetap dengan sikap degil mereka.

Walaupun peristiwa Israk dan Mikraj tidak ada sebarang kesangsian, dengan segala macam bukti dan keterangan daripada al-Quran namun kedegilan tetap makin menebal!

Malah mereka sendiri kadang kala meminta baginda tunjukkan bukti! Kononnya dengan bukti tersebut mereka akan menyerah kalah kepada kebenaran.

Namun yang sebenarnya mempunyai niat yang busuk, kononnya Rasulullah tidak akan mampu menunjukkan sebarang bukti kerana yang diminta semuanya bersifat luar biasa dan tidak masuk dek akal.

Andai, bukti tersebut gagal ditunjukkan oleh baginda maka semakin galaklah mereka memusuhi dan mengeji Nabi.

Namun baginda tetap menyahut apa juga cabaran, asalkan mereka akhirnya percaya kepada keesaan Allah yang Maha Agung.

Iaitu pada suatu hari, sekumpulan pembesar Quraisy itu datang menemui baginda, iaitu di antara mereka termasuklah Al Walid Al Mughirah, Abu Jahal Hisham, Al As Wail, Al Aswad Muthalib, An Nadhru Al Harith.

Peristiwa ini dikatakan berlaku sebelum baginda melakukan hijrah ke Madinah dan diriwayatkan dalam banyak catatan sejarah sehinggalah mengikut sastera Melayu klasik sendiri, kisah bulan terbelah dua ini menjadi kisah-kisah penglipur lara yang popular.

Dalam Hikayat Nur Muhammad dan Nabi Bercukur dan Nabi Wafatmisalnya, ada diceritakan mengenai kisah bulan terbelah ini, pada bahagian kedua dari tiga bahagian yang ada, iaitu: Hikayat Nabi Bercukur iaitu menceritakan mukjizat Nabi SAW, kisah bulan terbelah.

Hikayat ini telah diterjemahkan ke dalam rumi dengan tajuk Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Para pembesar itu mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat yang mereka mahu melihat sendiri melalui mata kepala walaupun mereka sepatutnya telah beriman dengan pengalaman perjalanan Nabi Muhamad sepanjang Israk dan Mikraj itu yang lalu, adalah benar.

Mereka berkata, “Jika kamu seorang yang benar (seorang nabi yang diutuskan oleh Allah) belahkan bulan yang sedang mengambang penuh pada malam ini kepada dua bahagian”.

“Adakah jika permintaan ini dipenuhi, kalian berjanji untuk menerima dakwahku dan kita semua bersama-sama menyembah Allah, tuhan yang satu?” kata baginda pula.

Pembesar-pembesar itu pun menganggukkan kepala tanda bersetuju terhadap syarat yang Rasulullah berikan.

Lalu baginda pun berdoa dan memohon kepada Allah untuk membelah bulan sebagai perkara yang luar biasa untuk dijadikan tanda dan bukti kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi.

Sejurus kemudian tanpa disangka oleh para pembesar Quraisy itu mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana bulan mengambang penuh yang menghiasi langit pada malam itu bukan sahaja terbelah kepada dua bahagian.

Tetapi terpisah menjauhkan diri antara satu sama lain.

Separuh boleh dilihat di sebalik gunung di sebelah kiri dan separuh atau sebahagian bulan lagi dapat disaksikan berada pada sebalik gunung di sebelah kanan dengan keadaan masih bercahaya.

Bulan tidak lagi berbentuk bulat sebagaimana lazimnya!

Mereka yang menyaksikan dalam antara percaya dengan tidak, hampir-hampir tidak mendengar apabila baginda berkata; “Saksikanlah kejadian ini iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat yang dikurniakan Allah dan risalah kenabian yang Allah amanahkan kepadaku,”

Begitu pun setelah menyaksikan kejadian yang sungguh luar biasa itu pun, kalangan kafir Quraisy tidak menepati janji, mereka tidak mahu mempercayai apa tah lagi untuk menerima dakwah nabi.

Sedangkan kejadian bulan terbelah ini memang benar-benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan sains dan akal yang waras namun atas nama mukjizat, kelebihan yang diberikan kepada Rasulullah ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sebagaimana kebanyakan mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi sebelum Nabi Muhammad.

Ini termasuk mukjizat Nabi Isa a.s yang boleh menghidupkan orang yang telah mati, tiada sesiapa yang dapat pertikaikan lagi.

Walaupun pada hakikatnya, yang mati tetap akan mati, tidak mungkin akan hidup kembali.

Kejadian bulan terbelah dua ini sebenarnya disaksikan oleh seluruh penduduk Tanah Arab ketika itu malah sebenarnya seluruh semenanjung Tanah Arab termasuk negara-negara lain yang mengalami waktu malam pada hari kejadian tersebut.

Tetapi sayangnya, mereka yang meminta supaya ditunjukkan sebarang kejadian luar biasa, akhirnya mereka sendiri tidak mahu percaya walaupun bulan benar-benar telah terbelah di hadapan mata!

Kafir Quraisy sangat mengagumi melihatkan kejadian itu tetapi tetap tidak dapat menerima kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi.

Mereka percaya kejadian itu benar, tetapi dituduhnya pula baginda seorang ahli sihir yang berkebolehan untuk membelah bulan tersebut!

Ini sebagaimana disebutkan dalam al-Quran; Telah hampir datangnya masa itu dan bulan terbelah. Dan setelah mereka melihat suatu tanda (mukjizat) mereka berpaling lalu berkata: “Ini adalah sihir yang luar biasa” dan mereka mendustakannya dengan mengikut hawa nafsu sedang setiap yang berlaku ada ketetapannya. (al-Qamar: 1-3)

Sebenarnya tidak menghairankan jika mereka tidak percaya, malah membuat pelbagai pertikaian termasuk sihir dan sebagainya. Ini termasuklah Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikan kejadian itu walaupun melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.

Kerana itulah sifat degil yang dimiliki oleh kalangan kafir Quraisy, yang tidak mahu menyertai baginda kerana bimbang akan dipersendakan oleh mereka yang lain.

Sedangkan mereka juga bertanyakan kepada kafilah-kafilah yang selamat sampai ke Kota Mekah selepas berdagang di luar kota, adakah para pedagang itu juga melihat kejadian bulan terbelah itu semasa dalam perjalanan pulang itu.

Bulan terbelah dua

Masing-masing mengakui ada melihat kejadian bulan terbelah dua itu dan sangat tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku.

Apabila mendengarkan itupun, kalangan kafir Quraisy masih enggan untuk mempercayai Nabi Muhammad. Sedangkan jika baginda melakukan sihir, tentunya yang disihir hanya penduduk Mekah atau kalangan kafir Quraisy itu sahaja tidak mungkin melibatkan sehingga ke kawasan luar Kota Mekah.

Walau apa pun, kejadian yang sedemikian luar biasa, sebagai tanda kekuasaan Allah yang Maha Agung dan Maha Esa, langsung tidak dapat diterima oleh musuh-musuh baginda.

Pastinya kekecewaan menjalar masuk ke hati baginda walaupun ia begitu menguatkan lagi keimanan kepada para pengikut baginda yang setia dan taat.

Para pengikut baginda malah sesiapa pun sebenarnya mungkin agak ketakutan apabila tanpa disangka bulan boleh terbelah dua, tetapi mujur sahaja objek yang menerangi malam itu bercantum semula.

Namun, pengajarannya menunjukkan bahawa Allah itu sangat berkuasa, boleh melakukan apa sahaja; kun faya kun!

Tiada tandingannya dan sebagai hamba-hamba-Nya sewajibnya kita sujud dan menginsafi diri.




Nurul Atiqah bt Mohamad

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.




Nurul Atiqah bt Mohamad

salam semua...arinih aku dapat 1brite yg sedih...schoolmate aku dah meninggal dunia pagi td...sgt2 terkejut bila dengar brita nih. Muhammad Sharfuddin bin Ibni Hajat. allahyarham same usia ngan aku. kami dulu satu class masa aku kat sek men keb agama al-irshad dulu. tbayang2 lagi rupa, gelak and lawak2 yg allahyarham suke buat. kebetulan ayah allahyarham officemate ngan mak aku dulu and skarang pekerja ayah aku.. so mmg family kami dah kenal sgt ngan family allahyarham. semalam mak aku call bgtau yang sharfuddin koma and dalam icu. ada pendarahan otak. bila aku tanya mcm mana jadi camtu..mak aku pun xtau ape yg jd sbenarnya. tba2 tgah hari tadi..aku dapat calling from my mum and said, "shaarfuddin dah meninggal pagi tadi..pkul 2.20pagi..". tergamam aku dengar. xsangka dah smpai ajal and Allah lebih menyayangi dia. lepas tu baru la mak aku crita yang dia ada komplikasi ngan jantung and then terkena plak infection kat jantung allahyarham. waktu operation pun, allahyarham still dalam koma and terus meninggal lps operation. Innalillah.. walaupun aku xde la rapat ngan allahyarham, tapi tetap trasa kehilangan kawan aku nih.. mungkin kami sama2 1 sekolah..1 class and kebetulan family kami pun sama2 baik and kenal sangat2 ngan nenek atok aku sume. alahyarham seorang yang happy go lucky. even masa sekolah, dia agak nakal sket tapi allahyarham sgt respect ngan ckgu2 and baik ngan kawan2 dia. takziah utk keluarga allahyarham. Allah lebih menyayangi allahyarham dan marilah kita sama2 doakan al fatihah utk allahyarham dan semoga di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. ameen..

"dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali"


credit to azim for this video..huhu...sgt2 sedih bla tgk video nih. tbayang2 lagi kenangan tym sekolah dlu...al-fatihah..





categories 0 comments | edit post
Nurul Atiqah bt Mohamad
Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.Kerajaan hari ini mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.

Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.

Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.
Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).

hmm..xtaula nak cakap camna...ramai dah bising...petrol dah mahal...harini pun petrol station pun full je coz orang ramai2 g isi minyak..macam mana lak ngan student??aku la salah sorang dr student tu..pasni byk la duit aku abes kat petrol je..tiba2 teringat sir ICC aku crite ptg tadi..dia cakap slepas harga corn jatuh, tiba2 US pergi carik balik corn and order banyak2 tuk dorang gantikan petrol. ini sume disebabkan gara2 petrol dah nak makin abes..huhu...dulu manusia yang makan jagung...skarang nih kereta yang makan jagung..mantap2..hehe~~xpela..Malaysia bila pulak nak start guna minyak jagung nih??xdela ktorang nak bayar byk2 tuk petrol..huhu~~

utk berita yg complete...sila baca link nih...link..

sekian...



categories 3 comments | edit post
Nurul Atiqah bt Mohamad
Harini dah masuk hari yg ke 3 aku start class for my new sem which is now i'm already 2nd year 2nd sem. Cepat sangat masa berlalu. xsangka aku dah masuk 2nd year..and for the next sem...i'm gonna be 3rd year student??can't believe it.huhu... so far...semua class aku dah masuk except for tilawah and parenting. lecturer xmasuk class pulak aritu...huhu. this is my list of subjects for this sem..

1. Cognitive Psychology
2. Social Psychology
3. Research Methodology
4. Lab Based Statistics
5. Arabic Language level 5
6. Intercultural Communication
7. Family Management and Parenting
8. Tilawah Al-Quran 2

ok. today i'm gonna write briefly about my subject..

firstly..cognitive psychology. this subject study about human brain.the functions. the structures of the brain, memory, sensation perception, attention and etc..so far..class nih best sebabnya yg ajar tu lecturer yg plg aku suke..hehe..:) and today we've already got assignment for our course..lect. suruh kitorg form group and then cari idea for our assignment base on individual creativity..ktorg kena bt model base on our topic in the course outline..kalo dapat memory..kena la bt model memory..cmne tu ea nak bt model memory??huhu..kalo dapat brain structure ok lagi sebab senang sket nak bt model brain. and then dalam akhir bulan september nanti..ktorg ada exhibition utk sume students psychology and for our cognitive class..ktorg kena present model kt depan student2 yg lain2 class..huhu...so nervous..

ok...then social psychology subject. we dealing with communities and needs their feedback in order to evaluate their actions and try to read their thinking. ada kawan yg dah amik subject nih sem lepas and cerite about her assignment..hoho...i dun noe how to describe when i heard bout it. bayangkan la..diorang kena pegi kat public area and then blakon jd stranger yg btul2 pelik...ada kwn yg kena nyanyi lagu negaraku atas chair kat food court jusco.. ada yang pakai payung dalam jusco and jalan2 sambil tengok2 baju..ada yang nyanyi kuat2 dalam train..ada yg tiba2 nak share food ngan strangers kat food court..aish...malunya...huhu..nak buat camna. dah assignment kena buat and each individual must do it in order to obtain marks from lecturer..huh!nih la student psychology..tpaksa bt experiment kat public in order to get feedback and result for our research. but..i dun noe yet what kind of assignment we will get it from lecturer for this sem. hope xde la sumthing yg mcm previous sem...

ok..next research methodology..this is 1 of the main core courses in our department. as psychology student, dah jd lumrah ktorg kena bt research and most of our assignments were based on experiment, interview, observation, survey, and questionnaires. through this subject, we learn about how to do research in appropriate ways and how to conduct the study, participants. hmm...not much to say bout dis course. but sound like interesting subject for me..hehe..:)

Lab based statistic??subject nih sambungan tuk statistics subject from my previous sem. mula2 aku ingat as human science student, ktorg xpayah lagi dealing with calculation, formula and so on. tapi bila dah lama tggalkan maths, bila study stats sem lepas, rasa best pulak and tiba2 rindu sgt ngan maths and add maths.huhu.. just beza statistics and lab based statistics, ktorg xpayah nak kire2 scara manual dah..just keep the data in computer and automatically calculate by using 'computer mind'.hehe..i like..:)

next...arabic language is the quranic language. i'm taking level 5 now and graduating from arabic language after taking level 6..yihaa!!hehe..waa...my lecturer is so kelantanese...loghat kelate pekat tol. nasib baek la kg aku kat terengganu. so..paham la jugak loghat2 sir nih..hehe. and he is so nice lecturer. i like it..ngee~~:)

intercultural communication (ICC)..this is my minor subject coz i'm minoring in mass communication. sangat suke ini lecturer..hehe..:) he was a pioneer of tv3 and ex-director of tv3 channel. so professional and a lot of experiences. sangat suka bila dia crite pasal experience dia bila travel. most of the countries dia dah travel. around the world..wow!! and sgt2 la sesuai dia ajar subject nih coz thru his experiences, dia boleh crite mcam2 psl other countries and their culture. very interesting. even my ICC class in the evening, but i'm not sleepy during his class. and he is a funny lecturer..hehe..:)

parenting and tilawah..dua2 subject nih compulsory for every of IIUM students. parenting..if i'm not mistaken, blajar pasal alam rumah tangga..kawen2.psl anak2 and how to become a gud parents..nice2. gud for our future...ngeee~~:) and tilawah..of cos bljr pasal Al-Quran..hafazan and tasmi'..and gud for our memory too..:) tapi..dua2 subject nih xstart lagi.. tilawah maybe next week bru start and parenting..kena tggu announcement bila start..huhu..

semalam aku baru je register japanese class level 2. and i dun noe yet when my japanese class will begin. tapi rasa2 nya sem nih agak full and very tired..byk sgt program..meeting..tmbah2 bulan ramadhan. tapi sbb nak gain knowledge, kena la sacrifice sket...:) insya Allah...^^


categories 0 comments | edit post
Nurul Atiqah bt Mohamad




People often asked me, “How can you be so carefree?”. I often laughed at this. Because being me, there is no such thing as ignoring things the way it should be. Can you be carefree when people talked about you behind your back? Can you be carefree when nobody wants to talk to you because you made one mistake? To me, I’m not being carefree, I’m simply living life like the way it should be. I’ve always told myself, “life can be hard as it wants to, but you can make it sweet and simple as you like”. Of course, putting it in mere words is easy, but we are just human, so it’s normal for us to be questioning: “how can we achieve a sweet, simple life?

Take a good look around you. Can you see what the world has offered to us since long time ago?. Even looking up at the clouds can show us how beautiful the world is. Today we are so caught up with jobs and studies that we forget to appreciate the beauty of all this. Sometimes, when you’re walking fast to reach your destination, take a glance at the blue sky, take a deep a breath, and smile. Shouldn’t you be a little at ease seeing how the clouds move? There is so much in the world that we took for granted, but from today, open your eyes and see with your heart.

And have you tried to spend some time feeling grateful to the people and what they do around you? You see, people always complain that they have a lot of work to do, but doesn’t that means you have jobs to support your living? A lot of laundry and ironing means you have clothes to wear, and the tedious work of cleaning the toilet and the gutters in your house means you have a home to live in. These simple things may often be ignored, but by appreciating all these mundane things can help to make your life better.

Most of the times, if you’re having troubles in relationships, try to make an assessment to yourself.The way people treat you is a reflection of how you treated them. We never realised this; most of us will claim that we have done nothing wrong, and the other party are being unkind by treating us badly. But that perception may be wrong; plus there’s no harm in giving some time to think whether what you’ve done all this time is right or wrong. But we are just human, of course we can’t be perfect.

Despite being a non-perfect creation, (how can we be as perfect as God who made us all?) we can strive to be one. Of course, it’s impossible for us to be really good, but at least on our way of trying to be one we may learn new lessons which will make us a better person. Try not to find faults within others, and improve your relationships with the people around you. Being perfect may be impossible, but being better is always worth the try.

So now, can you say living a simple yet sweet life is impossible? Beautiful words can be written and said, but it depends on yourself whether you want to take up the challenge and do it. Nothing can be that easy, and the points above are the ones that can help to simplified. Take the first step and see how your life may change. After all, it’s your life, so you’re the one who should decide.







Nurul Atiqah bt Mohamad
salam sume...maap coz lama xupdate blog..dah bsawang2 dh blog nih, xsmpai lg la mood nak update...hehe...hmm...ahad nih dah kena blik uia..xsangka skejap je dh nak masuk 2nd year 2nd sem...cptnye masa blalu, rasa cm bru je masuk uia las sem...huhu..kelmarin baru aku dapat result tuk final exam sem nih...alhamdulillah...result aku ada pningkatan...syukur sangat2...hrap2 aku dpt maintain kn result nih smpai final year nanti...hidup aku skarang pun...alhamdulillah makin improve...lagi setahun lebih je lg aku dah nak abes uia...and makin lama aku dah ada clear vision tuk my future life...insya Allah..aku akan struggle lebih lg tuk capai apa yg aku target...skarang nih smangat aku bkobar2 nak keje kat spital afta aku grad...tuk crik xperience...then kalo ada rezki lebih n modal..aku nak bukak nursery sendiri...1 thing yg aku hepi sgt2 coz akhirnya aku dpt jugak jmpa ngan kawan2 lma aku especially kwn2 sek ren dlu....xsgka dorg still ingt aku lg..suke2...hehe...tq kat kwn2 coz ingat lg kt aku nih..ngee~~aku skarang dlm dilema..xtau nak smbung class japanese ke x...ikutkan ati mmg nak smbung part 2...tp aku takot bz nex sem nih...slalu long sem aku byk program n meeting malam2...huhu...cmne nih ea??kalo xsmbung.agak rugi gakla n takot tlupa pe yg aku dh bljar..hmm....okla...aku dah xtau nak cter pe dh...nih stakat diari idup aku je...maapla byk mrepek2 dalam nih...hehe...ok...jga dri ye kwn2...salam..




categories 0 comments | edit post