PERNAHKAH anda mengalami situasi pekedai terkurang memulangkan wang baki dan apabila menyedari perkara itu, beliau meminta maaf dan memberi jumlah yang betul?
Reaksi kita kepada situasi ini berbeza, ada yang tidak kisah, setengahnya pula berasa prasangka se0lah pekedai sengaja hendak menipu pelanggan mencetuskan perasaan tidak puas hati.
Kenapa sukar untuk kita menerima maaf yang dipinta kerana kesilapan adalah perkara lumrah dalam diri setiap insan.
Dalam bukunya yang tersOh0r, Bimbingan Mu’minin, Imam Ghazali menggariskan beberapa hak persaudaraan dan persahabatan, antaranya adalah ‘hak pengampunan’.
Beliau mengunjurkan supaya keterlanjuran sahabat dalam hal agama boleh ditegur secara lemah-lembut.
Sekiranya nasihat itu tidak diendahkan, selepas berkali kali, maka menurut sesetengah pendapat ulama salaf, hendaklah kita memutuskan perhubungan dengannya.
Manakala ulama yang lain berpendapat, boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.
Harga minimum sebuah persahabatan ialah kita berbaik sangka dengan dan nilai tertinggi persahabatan, mengutamakan sahabat lebih dari diri kita sendiri.
Bagaimana dengan keterlanjuran atau kekasaran sahabat terhadap diri kita pula? Imam Ghazali berpendapat, tiada keraguan lagi keutamaannya ialah sahabat tadi dimaafkan dan segala kesulitan dari sikap sahabat ditanggung sepenuhnya 0leh kita.
Berat sungguh saranan itu tetapi dalam usia yang matang dan melalui perjalanan jauh membuatkan saya tertanya mengenai panduan berharga ulama ini.
Tidak mungkinkah di sana ada insan yang akan mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah kita MUDAH memberikan kemaafan itu??? Sehingga kita sentiasa dipandang remeh dan perasaan kita tidak pernah diambil kira.
Seorang pakar m0tivasi pernah berkata, “Untuk maju ke hadapan, kenal pasti peristiwa lama yang mencengkam diri kita. Sukar untuk memaafkan akan menimbulkan dendam. Dendam inilah akan mencengkam diri kita.”
Kata beliau lagi, untuk melepaskan diri diri dari cengkaman perasaan ini kita boleh lakukan tiga perkara secara berperingkat iaitu terima kenyataan perkara yang berlaku sebagai takdir, maafkan 0rang yang melakukannya dan lupakan kisah itu.
Ketiga saranan ini berat untuk dilaksanakan kerana ia berkaitan dengan hati yang perlu dibelai untuk memaafkan.
Dalam masa sama, kita letakkan diri kita sebagai 0rang yang memandang remeh terhadap perasaan orang lain. Kita b0leh merubah paradigma mengenai hal kemaafan ini.
Sekiranya secara sedar atau tidak kita telah bersikap sedemikian iaitu menganggap kesilapan terhadap sahabat kita boleh dimaafkan dengan mudah dan dilupakan dengan sebegitu mudah, maka kita perlu berfikir semula. Elakkan melukakan hati 0rang 0rang lain seperti kita tidak mahu dilukai :)
huhu..blajar la sangka baik ng org...:)
hehehe...yup...=p